Showing posts with label Suprima S. Show all posts
Showing posts with label Suprima S. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Suprima S 1.6 CVT Turbo review

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya nak cakap pasal Suprima S sikit. Banyak website saya baca menyatakan Suprima S ni adalah kereta terbaik yang Proton keluarkan.

Design Suprima S ni mengikut trend terkini iaitu hatchback seperti model kereta dari keluaran Europe; Volkswagen, Ford dan Chevrolet. Bagi saya memang cantik sebab kebanyakan kereta hatchback memang sesuai dengan warna striking.

Kalau test drive kereta ni, pemanduan adalah sangat baik dari segi cornering, suspension pun bagus, pemanduan adalah sangat stabil. Dengan adanya pedalshift, penukaran gear dan ketika memotong atau membelok di selekoh memberikan keyakinan kepada pemandu.

Accessories kereta ni lengkap dengan gadget. Audio Android System yang ada pada kereta ni membolehkan pemandu install apps yang digemari. Ini menjadikan pengalaman pemanduan lebih seronok dengan adanya modem Yess 4G untuk memainkan Android apps. Ini termasuklah build-in GPS, touch screen, bluetooth, mp3, CD player dan reverse camera.

Cakap pasal safety pula, Suprima S ada 6 airbags. Terletak 2 di hadapan, airbag selebihnya di tepi curtain airbag untuk elak penumpang dan pemandu terhantuk bahagian tepi kereta dan daripada terkena percikan cermin pecah.

Kalau nak dibandingkan dengan kereta Honda City, Kia Forte atau Toyota Vios, Suprima S mempunyai keselamatan yang jauh lebih baik. Dari segi harga pula, dengan harga bawah RM80k, Suprima S menawarkan pengalaman pemanduan, prestasi, keselamatan dan accessories yang lebih baik. Anda boleh check kereta-kereta lain di outlet berdekatan.

Diharapkan review saya dapat memberi banyak panduan kepada anda.

Salehudin (Roy)
0122504625
0196207939

Get news monthly!

Sign up OR