Saya menghadapi banyak pembeli yang mempunyai masalah membuat loan apabila hendak membeli kereta. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja sendiri ataupun bekerja dengan syarikat yang tidak berdaftar (seperti pasar malam atau warung). Duit banyak dan income sampingan tinggi, tetapi tiada dokumen sokongan. Di sini saya ingin memberi panduan bagi mereka yang ingin mendapatkan loan kereta.
Setiap bulan, jika
Dinasihatkan anda buat perkara seperti ini sekarang, baik yang ingin mengambil loan atau tidak. Kita pun tidak akan menjangka perkara yang mendatang, sekurang-kurangnya isu dokumen sokongan seperti ini tidak akan membantutkan usaha anda.
Setiap bulan, jika
- gaji anda memang dibayar cash, dan tidak pernah dibayar online, memang account bank pun wujud macam tak wujud. Ambil masa 3 sehingga 6 bulan (minimum 3 bulan) untuk bank-in kan duit anda ke dalam bank. Asalkan bank-in walaupun untuk 5 minit, selepas bank-in keluarkan lah semula.
- pastikan jumlah wang yang di bank in adalah lebih daripada RM1500 setiap bulan (tidak kisah dalam satu atau beberapa masa). Jadi bila anda bersedia untuk membeli kereta baru anda hanya perlukan bank statement tadi.