Friday, October 8, 2010

Proton menarik balik Gen2 dan Satria Neo tahun 2004 - 2008

Semasa saya mendengar berita di radio mengenai Proton meminta pembeli Gen2 dan Satria Neo 2004 - 2008 datang ke bengkel untuk 'check-up', saya rasa risau. Masa dengar tu, saya on the way ke pejabat untuk mesyuarat mingguan, nak juga tanya "ape hal ni bos?"

    Rupanya tidak lah seserius mana, dan tak apply pada kesemua kereta keluaran tahun yang dikatakan. Cuma ada teknikal problem dibahagian air bag driver and certain spring kat dalam stereng. Petikan diambil dari paultan.org; 'There is an issue with the Clock Spring (slip ring), which is something that connects the switches and airbag in the steering wheel to the radio, horn and cruise control'. Jadi, kesan-kesannya adalah:

    1. Bunyi ketika stereng dipusing
    2. Bunyi hon yang tidak disengajakan
    3. Malfungsi di audio remote control di stereng
    4. Kejadian yang jarang-jarang berlaku, air-bag berfungsi tanpa sengaja
    5. Enjin tidak dapat dihidupkan kerana component elektrik short-circuit
    Jadi, bagi empunya Gen2 dan Satria Neo tidak perlu risau kerana ia merupakan masalah teknikal yang minor. Bagi pembaca, jika anda berasa tidak yakin dengan produk Proton dan lebih yakin dengan produk luaran, saya tidak berasa ianya relevan kerana Proton mempunyai confident yang tinggi untuk menamakan program ini 'Recall' berbeza dengan jenama-jenama yang lain (memanggil program seperti sevice campaign ataupun nama lain-lain yang mereka reka) menggunakan nama program samaran untuk menutup kesilapan sendiri. Proton sekurang-kurangnya memastikan kesemua pembeli membuat service

    Translasi dan petikan daripada: Paultan.org

    Get news monthly!

    Sign up OR